Lampiran 1
Istimewanya Buah Limau Nipis
Limau nipis atau
nama botaninya citrus aurantifolia
bukanlah buah yang asing kepada masayarakat Malaysia . Limau nipis berbentuk bulat sebesar bola ping pong
dan berbau wangi. Kulit luarnya licin,
berkilat, berwarna hijau, dan beransur kekuningan setelah tua. Pohon
limau nipis lazimnya dapat mencapai ketinggian hingga empat meter.
Buah limau nipis terkenal sebagai
perisa penting dalam masakan melayu.
Antara masakan yang menggunakan jus perahan limau nipis ialah mi bandung ,mi ribus dan sambal. Jus limau nipis dapat dijadikan
minuman yang menyegarkan, terutamanya semasa cuaca panas terik. Perahan jusnya yang dicampurkan dalam teh o
menjadi minuman kegemaran ramai.
Limau nipis banyak khasiatnya. Rasa masam pada buah limau berperanan sebagai
penyahtoksin iaitu membantu menyingkirkan racun – racun dalam tubuh. Jus buah limau nipis dipercayai dapat
membunuh kuman disenteri, kolera, dan tifoid.
Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis pula berkesan untuk
menghilangkan lemak dan menguruskan
badan. Amalan meminum airnya,
dipercayai dapat melegakan perut, melancarkan penghadaman, dan mengelakkan
sembelit.
Bagi pengamal ubat – ubatan herba,
air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan “kapur makan”
bermanfaat untuk ibu-ibu lepas bersalin.
Ramuan tersebut disapukan pada perut sebelum berbengkung bagi
mempercepat proses mengempiskan perut.
Selain itu, perahan jusnya boleh
digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala,terutamanya bagi mereka yang
menghadapi masalah kelemumur. Cara ini
dpercayai dapat melegakan sakit kepala juga.
Akhir sekali, minyak yang diperah
daripada kulit buah limau nipis dapat digunakan sebagai pewangi dan aromaterapi
dalam perubatan alternatif.
Asid yang ada dalam buah limau nipis juga digunakan secara meluas dalam bidang
makanan, minuman, farmasi, dan proses mewarnakan kain.
Lampiran 3
Isi tempat kosong dengan jawapan yang
paling tepat.
·
masam
|
·
licin
|
·
panas
|
·
tua
|
·
sakit
|
·
melegakan
|
·
kurus
|
·
hijau
|
·
wangi
|
·
kekuningan
|
·
nipis
|
1. Nenek yang sudah ___________________ itu
membaca surat khabar dengan
menggunakan cermin mata sambil berehat di anjung nrumahnya.
2. Padi yang telah masak berwarna
________________________ dan perlu dituai dengan segera.
3. Buah mangga muda berwarna
________________________ dan rasanya juga sangat
_________________________________.
4. Lantai dapur yang _____________________
itu menyebabkan adik tiba-tiba terjatuh.
5. Selepas bermain bola, abang singgah di
gerai yang terletak di tepi jalan untuk membeli minuman bagi
_________________________ tekaknya dahaga ketika cuaca
____________________________ terik.
6. Tubuhnya semakin
____________________________ kerana sering jatuh ___________________________.
7. Bunga melur mengeluarkan bau yang
sangat _______________________.
8. Adik suka membaca buku cerita yang
_________________________ kerana dia baru pandai membaca.
Lampiran 4
Jawab semua soalan di bawah. Tekan kekunci
"o" untuk menjawab.
|
||||||||
Kemudian tekan kekunci enter untuk menyemak
jawapan anda.
|
||||||||
1)
|
Buah limau nipis tidak digunakan dalam bidang…
|
|||||||
A.
|
makanan
|
|||||||
B.
|
minuman
|
|||||||
C.
|
perubatan
|
|||||||
D.
|
jahitan
|
|||||||
2)
|
Apakah peranan jus perahan?
|
|||||||
A.
|
sebagai bahan penyegar
|
|||||||
B.
|
sebagai bahan perisa
|
|||||||
C.
|
sebagai bahan perubatan
|
|||||||
D.
|
sebagai bahan pewarna
|
|||||||
3)
|
Amalan minum jus perahan limau nipis
bermanfaat untuk…..
|
|||||||
A.
|
menyah bahan toksin dalam badan.
|
|||||||
B.
|
menjadi pewangi dan aromaterapi.
|
|||||||
C.
|
mengempiskan perut ibu yang baru bersalin.
|
|||||||
D.
|
melegakan sakit kepala dan menghilangkan kelemumur.
|
|||||||
4)
|
Semua yang berikut benar tentang buah limau
nipis, kecuali….
|
|||||||
A.
|
kulitnya berwarna hijau apabila tua.
|
|||||||
B.
|
buahnya mengeluarkan bau yang wangi
|
|||||||
C.
|
jusnya berkesan untuk menguruskan badan dan
membuang lemak.
|
|||||||
D.
|
airnya dapat menghilangkan dahaga.
|
|||||||
5)
|
Rangkai kata perubatan alternatif
bermaksud…
|
|||||||
A.
|
perubatan moden yang berasaskan teknologi
terkini.
|
|||||||
B.
|
perubatan lama yang berasaskan jampi mantera.
|
|||||||
C.
|
perubatan berasaskan herba-herba.
|
|||||||
D.
|
perubatan cara orang-orang dahulu.
|
No comments:
Post a Comment