RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata pelajaran                 :  Bahasa Melayu
Tahun                                :  6 Zamrud
Tajuk                                 :  Istimewanya Buah Limau Nipis
Masa                                :  9.45 pagi  -  10.45 pagi
Bilangan murid                 :  29 orang
Hasil Pembelajaran Utama   :  
9.2 Aras 2 (i)  Menterjemahkan maklumat dalam bentuk kerangka.    
Hasil Pembelajaran Sampingan  :                                            
5.2 Aras 1 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Konsep                             :  Pertanian
Bahan                               :  Air sirap, buah limau nipis, kertas majong, pena marker,
                                              Lembaran kerja, computer riba dan LCD.
Nilai Murni                       :  Mencintai buah tempatan dan bekerjasama.
Hasil pembelajaran  :
1.  Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.  Menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.
3.  Mengemukakan sekurang-kurangnya 5 maklumat tentang keistimewaan buah limau
     nipis.
4.  Menjawab 5 soalan pemahaman berdasarkan petikan.
5.  Mengisi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul.
Strategi & Teknik Mengajar   :
1. Penerangan                   4. Berkumpulan
2. Perbincangan                5. Bacaan
3. Bersoal jawab               6. Pembentangan

Pengetahuan Sedia Ada  :  Murid-murid pernah melihat  buah limau nipis yang
                                                   digunakan untuk membuat jus dan digunakan dalam
                                                   masakan.


Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Merasa & membezakan minuman yang disediakan.
1. Guru meminta seorang murid merasa dua minuman yang disediakan.
2. Guru menyoal murid tentang rasa & perbezaan kedua-dua minuman tersebut.
3. Guru menunjukkan gambar buah limau nipis kepada murid-murid
1. Murid merasa minuman yang telah disediakan.
2. Murid menyatakan perbezaan kedua-dua minuman tersebut.
3. Murid-murid melihat gambar buah limau nipis yang ditunjukkan.
Strategi/Teknik
Menarik perhatian murid

Bahan :
Air sirap & sirap   limau
Gambar buah limau nipis
Langkah 1
(10 minit)
Petikan :
Istimewanya Buah Limau Nipis
(Rujuk Lampiran 1)
1. Guru mengedarkan peikan "Istimewanyan Buah Limau Nipis".
2. Guru berbincang & bersoal jawab bagi memahami petikan yang dibaca.
3. Guru meminta murid-murid mengecam & menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.
1. Beberapa orang murid diminta membaca petikan dengan sebutan & intonasi yang betul.
2. Murid-murid mengumpul maklumat berkaitan petikan tersebut.
3. Murid-murid mengecam & menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan tersebut.

Strategi/Teknik
Membaca
Menyoal

Bahan :
Petikan
Langkah 2
(15 minit)
Peta Minda
(Rujuk Lampiran 2)
1. Guru meminta murid-murid dalam kumpulan mencari isi-isi penting tentang keistimewaan buah limau nipis yang terdapat dalam petikan.
2. Guru meminta murid-murid mencatat isi-isi penting tentang buah limau nipis ke dalam borang pengurusan grafik & membina peta minda tentang keistimewaan buah limau nipis di atas kertas majong yang diberi.
1. Dalam kumpulan murid-murid mencari isi-isi penting tentang keistimewaan buah limau nipis.
2. Murid-murid mencatat isi-isi penting tentang buah limau nipis ke dalam borang pengurusan grafik & membina peta minda tentang keistimewaan buah limau nipis di atas kertas majong.
Strategi/Teknik
Menjana idea
Bekerjasama

Bahan :
Petikan
Kertas majong
Pena marker
Borang pengurusan grafik
Langkah 3
(18 minit)
Pembentangan kumpulan
1. Guru meminta ketua kumpulan membentangkan peta minda di hadapan kelas.
2. Guru membetulkan kesalahan ayat yang dibuat oleh murid.





1. Ketua setiap kumpulan membentangkan peta minda yang mereka hasilkan di hadapan kelas.
Strategi/Teknik
Perbincangan
Pembentangan

Bahan :
Kertas majong

Langkah 4
(7 minit)
Menjawab soalan pemahaman
(Rujuk Lampiran 3 & Lampiran 4)
1. Guru meminta 5 orang murid ke hadapan kelas untuk menjawab soalan interaktif di komputer riba dengan mengetuk kekunci 'o' & kekunci enter.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi soalan-soalan kata adjektif.

1. 5 orang murid keluar ke hadapan kelas untuk menjawab soalan interaktif di komputer riba.
2. Murid-murid menjawab soalan-soalanyang diberi di dalam lembaran kerja kata adjektif.
Strategi/Teknik
Menjawab soalan

Bahan :
Komputer riba
LCD
Lembaran kerja
Penutup
(5 minit)
Merumus isi pelajaran & nilai-nilai murni
1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang pelajaran hari ini.
2. Guru meminta murid-murid menyatakan nilai-nilai murni yang diperolehi melalui aktiviti pengajaran & pembelajaran pada hari ini.

1. Murid-murid menyatakan perkara yang telah dipelajari.
2. Murid-murid menyatakan nilai-nilai murni yang diperolehi melalui aktiviti pengajaran & pembelajaran pada hari ini.
Strategi/Teknik
Penyoalan

No comments:

Post a Comment

Fighter Kirby Walking