Terima
kasih saudara/i pengacara majlis.
Barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana.
Dif-dif
kehormat.
Rakan-rakan
seperjuangan.
Sidang
hadirin warga dewan, aspirasi negara.
Assalamualaikum
WM WB dan salam 1 Malaysia .
Prof.
Dr Awang Sariyan ada menyatakan bahawa ”kisah kegemilangan Bahasa Melayu pada zaman silam telah membuana di jagat
raya…namun, sekadar mengagumi sejarah silam, kita tidak mungkin dapat
mengangkat martabatnya”…Justeru, berdirinya saya di pentas perdana ini dengan
penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana
para sarjana, melalui mauduk pidato saya… BAHASA JIWA BANGSA.
Bahasa,
menurut Kamus Dewan, adalah ’sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai
alat perhubungan dalam satu kelompok manusia. JIWA, BERMAKSUD ”nyawa atau roh”.
Manakala, bangsa pula bermaksud, ”kumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan”. Dalam konteks pidato saya, konsep bangsa dan bahasa secara
total merujuk kepada bangsa Malaysia dan bahasa kebangsaan
kita, yakni BM.
Persoalannya
sidang dewan sekalian, mengapakah bahasa itu dikatakan ’jiwa’ @ ’roh’ bangsa?
Apakah keistimewaan BM kita yang sekian lama diagung-agungkan dalam adikarya
seantero dunia. Marilah bersama-sama saya, merungkai persoalan ini satu persatu
melalui empat nirmala kata, inspirasi mahakarya.
Sidang
hadirin sekalian…
Heraclitus
menyatakan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan semua aspek kehidupan
manusia. Melalui bahasa, sesuatu masyarakat mempamerkan nilai-nilai dan budaya
mereka kepada bangsa lain. Pepatah Melayu menyatakan, ’bahasa menunjukkan
bangsa’. Hatta, saya rangkumkan frasa ini dengan nirmala kata saya yang
pertama; BAHASA MELAYU MENCERMINKAN JATI DIRI BANGSA MALAYSIA .
Jati
diri @ identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu
kumpulan manusia dengan kumpulan manusia lain. Menuturkan sebuah bahasa yang sama
ialah antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah bangsa.Tahukah anda?
Rakyat Switzerland menuturkan 4 bahasa
yang berlainan iaitu Bahasa Perancis, Jerman , Italy dan Roman mereka semua
adalah bangsa Swiss. Di Malaysia, kita juga mempunyai satu bahasa kebangsaan
yang dituturkan olah masyarakat pelbagai keturunan tanpa was-was. Tuntasnya, realiti BM sebagai
cermin jati diri bangsa Malaysia , tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas.
Hadirin
yang saya muliakan.
Nirmala
kata saya yang kedua; BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU.
Prof.
Dr Shahir Mohamad Zain menyatakan bahawa BM pernah mengungkapkan ilmu dalam
zaman kegemilangannya. Catatan-catatan Melayu Kuno dalam prasasti Funan dan
Champa seawal abad ke-7 mengandungi ilmu-ilmu asas dalam bidang sains dan
matematik. Bahasa ini kemudiannya berkembang dalam pelbagai bidang seperti
ekonomi, teknologi, undang-undang, sastera dan agama.
Sehingga
mutakhir ini, BM telah berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan
laras-laras bahasa dalam ilmu moden. Oleh itu, tidak hairanlah jika BM kini
sedang diajar dan dikaji di 108 buah pusat pengajian tinggi di serata dunia.
Sebagai pewaris tinta para sarjana, sejuk hati dan mata memandang, apatah lagi
telinga ini mendengar, setiap bait kata yang dilafazkan oleh para peserta
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu baru-baru ini. Inilah citra BM
sebagai bahasa ilmu.
Meniti
kita kepada nirmala kata saya yang ketiga; BAHASA MELAYU PEMANGKIN PERPADUAN.
Konsep
perpaduan telah lama diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia . Sehingga hari ini,
perpaduan masih lagi menjadi agenda utama negara di bawah Gagasan 1 Malaysia.
Dengan bahasa yang sama, rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum tetap bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang agama, adat
resam dan budaya yang berbeza. Selepas negara mencapai kemerdekaan, BM telah
dijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.
BM
juga telah menjadi agen penyatuan rakyat dari segenap ceruk rantau, kesatuan
dan persatuan, sama-sama melupakan perbezaan ras dan dogma dalam perjuangan membebaskan
Tanah Melayu dari belenggu kolonial serta meredakan kemelut perkauman dalam era
pasca kemerdekaan. Bukankah Herodotus ada berpesan bahawa, ”bangsa yang
melupakan sejarah, akan mengulangi
sejarah”. Oleh itu, fikir-fikirkan.
Nirmala
kata saya yang keempat dan terakhir; BAHASA MELAYU TERAS PEMBINAAN NEGARA
BANGSA.
BM
telah menjadi asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang merdeka. Menurut
Prof. Dr Teo Kok Seong, maruah bangsa Malaysia terletak pada martabat
bahasa Melayu yang menjadi lambang kedaulatan pemerintah dan negara. Ini
kerana, BM telah mendukung peranan penting sebagai bahasa peradaban dan tamadun
tinggi pada suatu ketika dahulu. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, BM
digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran dan
undang-undang.
Ironisnya,
di Malaysia kita tidak perlu menjadi seperti Biscmark dan Machiavelli yang
membina negara bangsa mereka dengan kuku besi, helah dan darah. Cukup sekadar,
memartabatkan BM sebagai bahasa kebangsaan sebagai ramuannya.
Sidang
dewan sekalian…
Ingin
saya simpulkan, bahawa BM bukan semata-mata untuk Orang Melayu tetapi, untuk
semua rakyat Malaysia lantaran bahasa
mencerminkan identiti dan citra penuturnya. Daripada bahasa juga, lahir budi
bahasa, ilmuan, keharmonian dan kecemerlangan bangsanya.
Akhir
kata dari saya…….
Untuk
menjadi bangsa yang dihormati dan disegani, BAHASA perlu dijulang
tinggi…Yakinlah, Bahasa Jiwa Bangsa.
Sekian,
Wabillahitaufiqwalhidayah….