Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun
jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun
kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana
besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban
hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita,
takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua
tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak
seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana
sakit.
Maka ke hutanlah si tua
seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah
si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya....
Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba...
genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu
tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan
kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus...
meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah
pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia
bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan
takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah
turun ke bumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan
kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta
terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali
si paripari sambil membawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan
sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba
memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali
lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali
bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya.
Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si
tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang
uzur.
Maka
apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak
miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai
balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah
si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada
isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran
suaminya. Keesokan harinya isteri si tua itu pun sihat...
No comments:
Post a Comment