Penanda Wacana untuk Bahagian Pendahuluan
- Sejak akhir-akhir ini keruntuhan moral dalam kalangan remaja menjadi isu hangat diperkatakan.
- Dalam alaf moden ini,penggunaan komputer menjadi satu dalam kehidupan manusia.
- Sebelum saya membicarakan tajuk ini dengan lebih lanjut,eloklah saya menerangkan maksud iklan.
- Semasa cuti sekolah yang lalu ,aku telah dijemput oleh bapa saudaraku untuk bercuti di rumahnya.
- Memang tidak dinafikan bahawa kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ini menghimpit kehidupan rakyat ,terutamanya golongan bawahan.
- Isu pendatang asing sudah menjadi suatu isu yang serius yang perlu ditangni segera.
Penggunaan frasa kata dalam contoh ayat yang diberikan membentuk pola ayat yang sesuai dalam usaha memulkan sebuah karangan.
Penanda Wacana untuk Bahagian Isi
- Pelbagai punca yang dikenal pasti mengakibatkan berlakunya masalah ini,antaranya termasuklah....
- Faktor ibubapa punca utama menyebabkan berlakunya kemerosotan displin dalam kalangan remaja masa kini.
- Selain itu,faktor....
- Di samping itu,sikap remaja juga....
- Terdapat berbagai-bagai langkah yang dapat dijalankan untuk mengatasi masalah ini,seperti....
- Salah satu langkah yang paling berkesan bagi mengatasi maslah ini adalah dengan penguatkuasaan undang-undang.Undang-undang yang tegas hendaklah dilaksanakan supaya....
- Selain itu kerajaan juga...
- Langkah lain yang boleh diambil termasuklah....
- Peranan ibu bapa juga penting dalam usaha mengatasi masalah ini.Ibu bapa boleh memainkan peranannya dengan....
- Semua pihak hendaklah bertanggungjawab dan kerjasama bagi mengatasi maslah ini.
Dalam bahagian ini penggunaan fraa kata seperti “Pelbagai punca...”,”Selain itu ..” dan lain-lain telah mewujudkan suatu variasi atau keragaman dari segi perbendaharaan kata yang sanagt diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan.
Penanda Wacana untuk Bahagian Huraian Isi
- Hal ini berlaku kerana tiadanya pengawasn ibu bapa di rumah sehingga menyebabkan anak-anak terlepas bebas melakukuan apa-apa sahaja yang disukainya.
- Adakah kita ingin melihat anak bangsa hanyut dalam dunianya,sedangkan merekalah nantinya yang bakal mengambil alih teraju kepimpina negara.
- Walaupun begitu,masih banyak yang tidak menginsafi masalah yang berlaku.
- Dengan kata lain,kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dengan hanya membiarkan gejala yang merosakkan ini tersebar luas
- Seharusnya kita sebagai anggota masyarakat peka keadaan persekitaran
- Sungguhpun kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah,langkah tersebut tidak akan berkesan seandainya tidak mendapat kerjasama semua pihak
- Oleh itu, kita sebagai warganegara tentunya tidak mahu melihat negara ini hancur akibat campur tangan pihak luar
- Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Dalam huraian isi, penanda wacana dan pola perlu diberikan perhatian juga.Penggunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antar satu sama lain.
Penanda Wacana untuk Contoh dalam Huraian Isi
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh ...kes penderaan kanak-kanak meningkat ke angka ...pada tahun 1997.
- Masyarakat boleh membantu dalam usaha mengatasi kegawatan ini, dengan cara mengurangkan perbelanjaan harian....
- Penderaan kanak-kanak semakin serius.Kes terbaru ialah .....
- Sebagai contoh....
Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian ,penggunaan frasa yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuain konteks ayat juga
Penanda Wacana untuk Bahagian Penutup
- Tegasnya,banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial .Oleh itu....
- Kesimpulannya, pendisplinan diri menjadi kunci kepada kejayaan seseorang individu kerana....
- Akhir kata sambutlah salam anakanda dari kejauhan dan semoga ayahanda.....
- Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada kami....
- Saya sudahi ucapan ini dengan.....
Jelaslah,aspek penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan,sturktur ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang baik.Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharap dapat dijadikan garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti.
Info yang berguna utk guru & pelajar.
ReplyDeleteJemput singgah di blog saya http://azianismail65.blogspot.com/